1st time bercuti ke Pulau Langkawi, teruja dan seronok sangat walaupun jauh perjalanan.
Menaiki FERI dari Jeti Kuala Perlis. Tambang untuk Dewasa RM 18.00 dan Kanak-kanak (3-12thn) RM 15.00 perjalanan sehala. Jauh perjalanan lebih kurang 1 jam
Menginap di Sri Lagenda Apartment, Kuah Langkawi (Aiman Homestay) dapat rate RM 150.00 untuk satu malam. 5 min perjalanan dari Jeti dan 2 min untuk ke Pekan Kuah - antara tempat shopping berhampiran Hj. Ismail Group(HIG), Cocoa Valley dan Plaza Langkawi.
Sebelah petang pergi ke Taman Geopark untuk menaiki Cable Car, dari Pekan Kuah ke sana mengambil masa lebih kurang 30min. Kalau tunjuk I/C harga untuk dewasa naik Cable Car RM 15.00 dan Kanak-kanak RM 10.00. Kami naik waktu petang, udaranya memang best berangin, sejuk dan berkabus. Ambil gambar tak cantik waktu ni sebab macam duduk dalam kepulan asap. Sebelum balik sempat singgah kat kedai jual cenderamata, menyesalnya.... beli pelekat magnet, harga RM 12.90 tapi kat pasar malam di Pekan Kuah depan Baron Hotel setiap malam sabtu terjual 3 untuk RM 10.00.
Shopping di HIG, paling best borong coklat, murah gilerrr. Habis RM 200.00 sahaja untuk coklat.
Sesiapa pergi Langkawi mesti beli minyak gamatkan....ada berbagai produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan dari Gamat seperti pencuci muka, minyak rambut, bedak sejuk, losyen, ubat gigi dan lain-lain. Di tunjukkan juga minyak gamat yang di masak didalam kawah, cuba cecahkan jari dalam minyak gamat yang tengah menggelak tu...tak panas, cubalaa.....
Aktivi wajib pada sesiapa yang 1st time ke Langkawi ialah Island Hopping - melawat 3 Pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan Pulau Beras Basah. Caj yang dikenakan RM 25.00 seorang, Kanak-kanak 3-6thn RM 15.00 dan kanak-kanak berumur 7-12thn di kira harga dewasa.Tempoh masa lawatan ialah 4 jam.
Antara 3 pulau yang di lawati paling best pergi Pulau Dayang bunting boleh mandi tasik. Tapi hati-hati dengan monyet di sepanjang laluan ke Tasik Dayang Bunting dan jangan sesekali membawa beg plastik, takut nanti kena ragut pulak dengan monyet yang menyangka ada makanan.
Ini pula gambar ketika sedang menikmati Laksa Power tapi X Power pun...tempat makan ni kat tepi laut, pemandangan yang cantik dan angin sepoi-sepoi bahasa.
Percutian budget kami di Langkawi berakhir pada 07hb. 04.2013, dalam perjalanan pulang kami singgah pekena laksa Teluk Kechai di Jalan Kuala Muda, Alor Setar, Kedah. Lain dari yang lain, laksanya ada sambal kelapa dan kuahnya agak cair.
Inilah....hasil shopping( termasuk patung kucing-talking cat) di Langkawi, taklah banyak sebab tujuan utama nak bercuti je. Lain kali kalau pegi kena bawa RM banyak-banyak boleh borong pinggan-mangkuk dan set cadar, memang murah gilerrr.Insyaallah tahun depan boleh pergi lagi, percutian yang menarik.