Wednesday, 28 August 2013

KEK ZEBRA @ MARBLE KEK COKLAT YANG MUDAH DISEDIAKAN

Malam tadi suami ajak pegi 'Open House' kat rumah bos dia tapi tak dapat ikut sekali sebab dah janji dengan anak nak buatkan 'Kek' untuk dibawa ke Majlis Jamuan Raya di sekolah beliau esok pagi. Lagipun kena temankan dia juga kat rumah sebab dia kata kerja sekolah banyak nak dibuat. Tapi alhamdulillah, suami balik bawa bekal lontong, rendang ayam dan kuih talam, terima kasih ye...bos (En.Adam dan isteri) kerana 'tapaukan' untuk saya.
Baiklah, saya nak kongsikan resepi Kek ini sebab mudah disediakan dan bahan2 yang diperlukan pun tak susah nak cari. Kek ni sebenarnya dah 3x buat, memang jadi dan lembut mungkin sebab gunakan ovellet (selalunya digunakan untuk buat apam). Resepi kek ni saya ambil dari blog http://serojakitchen.blogspot.com/2012/02/kek-zebra.html dan belajar cara nak buat corak zebra dari blog http://sue-hasue.blogspot.com/2010/03/cara2-membentuk-kek-marblebelang.html.

kek, kek zebra, kek marble coklat,mudah, senang, resepi

Ini resepi 'KEK ZEBRA' yang disalin semula oleh saya.
Selamat mencuba.

Bahan-bahan
  • 5 biji telur - saiz yang biasa dijual kat kedai runcit
  • 110gm gula kaster
  • 150gm tepung kek 
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu besar ovellet
  • 100gm mentega dicairkan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 4 sudu besar air
Cara2nya:
  1. Ayak tepung & baking powder kemudian pukul telur, tepung, gula dan ovellet hingga pekat dan kental dengan kelajuan tinggi selama 10min.
  2. Masukkan mentega cair,susu dan esen vanilla, kacau perlahan hingga sebati
  3. Bahagikan kepada dua adunan. Bahagian coklat ( + serbuk coklat, coklat emulco dan air dan kacau  kemudian barulah dimasukkan kedalam adunan tepung dan kacau hingga sebati).
  4. Panaskan oven pada suhu 170 darjah C, tapi kalau oven saya 200 darjah C kepanasan atas bawah bakar 45min (Pensonic 35Liter).
  5. Lenserkan acuan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung pada acuan lepas tu ketuk-ketukkan acuan untuk membuang lebihan tepung yang tidak melekat, faham ke.....
  6. Gunakan sudu besar untuk memarblekan aduanan. Mula-mula ambil 3 sudu besar adunan coklat(ikut suka nak mulakan dengan yang mana dulu) letakkan adunan ditengah-tengah acuan kemudian 3 sudu besar aduanan plain ditengah-tengah aduanan coklat tadi, begitulah seterusnya berselang seli sehingga separuh adunan kurangkan 3 sudu besar kepada 2 sudu besar, kemudian 1 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu teh(nak cepat siap saya mulakan dengan 4 @ 5 sudu besar-sebab tu...jalur-jalurnya nampak besar dan tak berapa cantik).
cara nak buat kek zebra, resepi, mudah, senang, kek zebra, kek marble coklat
resepi, mudah, senang, sedap, lembut, cara nak buat zebra, kek zebra, kek marbe coklat

No comments:

Post a Comment