Monday, 7 January 2013

Pergi Tak Kembali

Sedih dan sayu rasanya hati bila mendengar lagu Pergi Tak Kembali nyanyian Kumpulan Rabbani ni.Liriknya betul-betul menyentuh kalbu, membuat aku insaf seketika dan seram serta takut bila menggambarkan detik itu.


Lirik Lagu Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Pada tanggal 06hb Januari 2013 beberapa hari yang lalu aku dikejutkan dengan  mesej 'Sesiapa yang mengenali Sharifah binti Mat Yatim telah meninggal dunia pada 8.38 pagi'.Arwah ialah ibu saudara suamiku sebelah emak(adik bongsu), hasrat kami sekeluarga untuk melawat arwah selepas kali terakhir melawat pada bulan lepas tak kesampaian. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan aku sedekahkan al-fatihah dan tak lupa juga kepada arwah anakku Syasya Nurfatihah. Amin..amin..amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment