Hari ni, terajin sikit, sikit je....masak makanan kesukaan iaitu laksa utara atau laksa kedah tapi bukan kesukaan suami dan anak-anak. Selalunya kalau nak makan beli je kat kedai atau balik kampung sama-sama masak dengan mak. Bukanya apa yang buat rajin tu...sebab adik sekeluarga datang dan bermalam di sini, kebetulan pulak ada member bagi bunga kantan.Selalu masak laksa saya sorang je yang ulang-ulang makan lepas tu.. simpan dalam peti ais atau bawak pi offis untuk kawan-kawan pejabat. Hari ni semangat masak laksa sebab adik ipar pun memang sukakan laksa.
Resepi Laksa Utara / Kedah
Bahan2-nya;
- 8-6 ekor ikan sardin sederhana besar
- 3 biji bawang besar
- seketul belacan
- 5-6 asam keping
- 15-20 tangkai cili kering (ikut suka kalau nak pedas blender sedikit cili api)
- dua batang bunga kantan
- seikat daun kesum
- garam secukup rasa
- sepeket laksa kering (rendam beberapa jam sebelum direbus hingga lembut)
timun, bawang besar, limau kasturi, telur rebus dan special laksa saya ni...ada kuih. Nak masak kuih ni senang je, iaitu sedikit tepung gandum, sebiji telur dan sedikit garam.Caranya pukul telur hingga kembang kemudian campurkan tepung kacau supaya tidak bergentel seperti membuat cucur udang.Lepas tu goreng nipis-nipis, atau panaskan sudip besi ke dalam minyak kemudian ratakan tepung ke atas sudip (sbg acuan) dan bila menggoreng rendamkan sudip ke dalam minyak panas.
Cara2 membuat kuah;
Rebus ikan, kemudian asingkan kuah rebusan, isi ikan dan tulangnya.Blender bawang besar,cili kering (gunting kecil-kecil kemudian rebus dan tapis untuk buang biji) dan belacan bersama. Lepas tu blender pula isi ikan dan kemudian tulang bersama kepala ikan dan tapis airnya.Satukan dalam periuk, tambah air ikut selera masing-masing samada cair atau pekat, tapi kalau kuah pekat la...sedap.Rebus bersama bunga kantan, daun kesum dan asam keping hingga menggelegak barulah masukkan garam.Dimakan bersama bahan-bahan sampingan.
No comments:
Post a Comment