AIR TERJUN SERENDAH |
Hujung minggu tadi, selepas hantar anak yang sulung pergi tuisyen, malaslah pulak nak drive balik rumah. Singgah jap lepak kat Air Terjun Serendah sementara tunggu anak habis tuisyen. Iqbal apalagi, suka....nye dia main air.
seksinya....Iqbal |
Ramai jugak orang yang datang, siap pasang khemah lagi...... ada yang buat bakar-bakar (BBQ). Tempat rekreasi ni bersih dan selesa serta disediakan kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, playground, parking, tapak perkhemahan dan gerai menjual minuman dan makanan.
Sebelum sampai ke sini, kita akan melalui kawasan perkampungan orang asli dan jalannya agak sempit. Jarak dari Pekan Rawang ke Air Terjun Serendah lebih kurang 12km dan dari jalan besar masuk ke dalam mengambil masa lebih kurang 10min. Tempat begini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu, tak perlu keluar belanja lepas tu dapat pulak hirup udara segar dan hilangkan stress setelah lima hari bekerja. Pesanan - Jagalah Kebersihan Bersama, Jangan Buang Sampah Merata-rata Dan Peliharalah Alam Sekitar Kita.
bestnya!!!mandi bawah jambatan |
No comments:
Post a Comment