Thursday 21 February 2013

KONVOI MAOC (HULU SELANGOR) KE PENGKALAN BALAK, MELAKA

 


 
Aktiviti ni dah lama la...jugak iaitu pada 26 hingga 28hb, Januari yang lalu. Seronok juga sesekali adakan konvoi seperti ni. Tapi kalau konvoi jauh-jauh tu...tak larat la...jugak sebabnya kalau sorang ada hal nak berhenti(pergi tandas ke..) yang lain pun kenalah berhenti. Apapun aktiviti ni bagus untuk mengeratkan ukhwah sesama kita. Macam-macam aktiviti yang dilakukan seperti perjumpaan dengan ahli kelab MAOC Melaka, sukaneka, cabutan bertuah, karoeke dan jalan-jalan ke Bandar Melaka. 

Amboi!!! merah-merah belaka...




Sunday 17 February 2013

Laksa Utara / Kedah

Hari ni, terajin sikit, sikit je....masak makanan kesukaan  iaitu laksa utara atau laksa kedah tapi bukan kesukaan suami dan anak-anak. Selalunya kalau nak makan beli je kat kedai atau balik kampung sama-sama masak dengan mak. Bukanya apa yang buat rajin tu...sebab adik sekeluarga datang dan bermalam di sini, kebetulan pulak ada member bagi bunga kantan.Selalu masak laksa saya sorang je yang ulang-ulang makan lepas tu.. simpan dalam peti ais atau bawak pi offis untuk kawan-kawan pejabat. Hari ni semangat masak laksa sebab adik ipar pun memang sukakan laksa.


Sunday 3 February 2013

Selamat Hari Jadi "Muhammad Qayyim Iqbal ke 4 tahun"

Hari ni genap umur anak bongsu saya yang ke 4 tahun.Semoga anak mak dipanjangkan umur, sihat sejahtera dan menjadi anak yang soleh.Untuk raikan hari jadi Iqbal, saya adalah masak sikit, alah... masak simple je iaitu kek vanila dengan cheese cream dan chicken chop bersos lada hitam. Semua resepi ni saya cari melalui laman blog. Dengan adanya teknologi canggih seperti sekarang bak kata orang "maklumat dihujung jari anda" dah tak payah nak susah-susah salin resepi.




birthday boy 




hadiah hari jadi









menu simple
chicken chop bersos lada hitam "yummy"