Tuesday 21 May 2013

Masakan Hari Minggu....

Assalammualaikum.

Hujung minggu, hari tu... kami sekelaurga terperap je.... satu hari kat rumah, boring betul. Kebetulan pula, anak tuisyen dari pukul 12.00pg hinngga 4.30 petang sebab tuisyen ganti pilihanraya hari tu.Kalau ikutkan hati memang malas nak masak tapi itukan dah memang kerja orang pompuan juga seorang isteri dan ibu, tapi aku masak simple je...

Sarapan Pagi.

Saya buatkan Roti Sosej Goreng dan Bihun Goreng Sosej, guna aje bahan-bahan yang ada.

Resepi Roti Goreng Sosej

Beberapa Keping Roti Gardenia
Sosej
Telur

Caranya,
Sekeping roti dipotong dua.
Sebatang sosej dibelah dua kemudian potong tengah(akan dapat 4 keping sosej)
Telur dipukul.
roti, simple, senang, mudah
ini pula Bihun Goreng Sosej. Goreng bihun macam biasa, cuma tambahkan sosej.
Ambil sekeping roti , letakkan sosej dan gulung, kemudian celup dalam telur dan goreng . Masa nak menggoreng tu....tekan sikit hujung gulungan roti tersebut ke permukaan kuali supaya ianya melekat ketika digoreng, tidaklah nanti roti tu..menyerap minyak
                                                     
Makan Tengahari.

Saya buat Laksam dan juga untuk makan malam, malas nak masak banyak kali. Hari ni, satu hari tak makan nasi.

Resepi Laksam
Kuih laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
2 cawan air panas
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit minyak

caranya:
Panaskan pengukus
Campurkan semua tepung dan garam. Bancuh dengan air panas, kacau hingga sebati kemudian campurkan air biasa. Supaya tidak bergentel, saya akan tapiskan bancuhan.Acuan gunakan tudung periuk, sebelum mengukus sapukan sedikit minyak pada acuan dan kukus lebih kurang 3 min atau sehingga laksa mengelembung. Jika kuih laksam keras tambahkan sedikit air atau lembik tambahkan tepung.

resepi laksam

Kemudian angkat dan biarkan sejuk seketika, barulah digulungkan sedikit dibahagian tepi laksam dan sengitkan tudung periuk, laksam akan sendiri melorot kebawah.

resepi laksam
Kuah:
5 ekor ikan kembong(biasanye ikan selayang/sardin)
sedikit halia
sedikit lada hitam
1 biji bawang besar
1 cawan santan pekat
asam keping
garam

Caranya:
Rebus ikan dan asingkan isi, kemudian blender. Bawang dan halia juga diblender. Lada hitam ditumbuk kasar. Campurkan semua bahan tadi dan tambahkan air rebusan ikan bersama asam keping, rebus kuah sehingga mendidih. Biarkan kuah mendidih seketika kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, menggunakan api kecil kacau hingga kuah mendidih(Kalau kuah dah mendidih ,tutup api jangan dibiarkan lama sangat di atas api takut nanti santan pecah minyak pula. Laksam dihidangkan dengan kuah yang agak pekat bersama ulam seperti daun kesum, tauge, kacang panjang, kobis , timun dihiris halus-halus dan sambal (cili kering direbus kemudian ditumbuk atau blender, campurkan sedikit garam, limau nipis atau cuka).

Minum Petang
resepi kuih lapis tepung beras
Saya buatkan Kuih Lapis.

Resepi Kuih Lapis
240gm tepung beras
120gm tepug gandum
240gm gula
200ml santan pekat
1000 ml air
1 sudu kecil garam
1 sudu minyak masak
1 @ 2 pewarna - ikut suka
(Saya buat separuh adunan sahaja- gunakan loyang empat segi 8" x 8")

Caranya:
Panaskan pengukus.
Campurkan  tepung, gula, garam, minyak, santan, air kacau hingga larut dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian putih dan dua bahagian lagi warna kuning dan merah(ikut suka nak warna apa). Kukus selapis-selapis (1 lapis lebih kurang 2 senduk adunan). Kukus selama 3 min atau sehingga periuk kukus mengeluarkan asap) kemudian ulang sehingga adunan habis dan lapisan terakhir biarkan masak lama sikit.Seperti biasa kalau mengukus, saya akan balutkan tudung periuk kukus dengan tuala supaya tiada wap air yang menitik.
.



2 comments:

  1. Assalamualaikum kak nora..saya noor blogger baru..bru beberapa hr buat blog..ni pun x tahu lg mcm mane nk handle blog..hehehe..sedapnya saya tgok laksam yg akak buat tu..laksam tu menu kegemaran saya n suami..selalu beli je..nk cuba buat lah hujung minggu ni..jemput singgah kt blog saya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam, t.kasih kerana singgah kat blog akak yang tak seberapa tu..Akak pun orang baru juga dalam dunia blogger ni....

      Delete