Tuesday 23 April 2013

RESEPI MUDAH & SENANG ~~APAM PISANG~~

Hari ni....bangun awal pagi terfikir nak buat Apam Pisang, boleh buat bekal anak-anak, suami dan diri sendiri. Bahan yang diperlukan ringkas je....kebetulan pisang memang ada, pemberian Mak. Dua hari sebelum tu..ada buat Kek Pisang tapi tak berapa menjadi, keknya agak padat mungkin terlebih tepung kot...


RESEPI APAM PISANG


resepi, mudah, senang, ringkas, apam pisang

Bahan2 :

4 Biji            - Pisang (emas / berangan)
1 Cawan       - Tepung Gandum
1/2 Cawan    - Minyak
1/2 Cawan    - Gula
2 Biji            - Telur Ayam
1 SK            - Soda Bikarbonat
1/2 SK         - Baking Powder
1 SB            - Susu Pekat
1/2 SK        - Garam
*SK - sudu kecil
  SB - sudu besar


Cara2 :

1. Panaskan periuk kukus
2. Ayak tepung + soda bikarbonat + baking powder
3. Lecek pisang
4. Pukul telur + gula + garam dipukul hingga kembang
5. Masukkan pisang ,susu pekat dan minyak pukul hingga sebati
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau hingga sebati.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15min atau kalau pengukus dah mengeluarkan    asap tu... tandanya dah masak nak confirmkan lagi cucuk dengan lidi kalau tak ada tepung yang melekat  pada lidi...confirm dah masak.
(semasa memasak balutkan tudung pengukus dengan tuala lembap, saya guna kain lampin tapi yang belum guna...ok.)
resepi apam pisang

resepi apam pisang
Hari ni....gi offis bawa bekal 'Apam Pisang'


Sunday 21 April 2013

Resepi Roti Jala

Dah boring sangat...asyik sarapan nasi lemak aje.... kali ni kasi tukar menu la...dalam kepala dah planning nak masak Roti Jala, lagipun Kari Daging semalam masih ada. Senang kerja tak payah nak buat kuah cicah. 

Resepi Roti Jala @ Roti Tirai

Tepung Gandum - 500gm

1 Biji Telur
1 sudu kecil Garam
Sedikit Pewarna Kuning atau kalau tak ada guna Serbuk Kunyit pun boleh
atau tak payah bubuh apa-apapun boleh....terpulang
Air - saya agak - agak aje, bancuh seperti buat tepung Goreng Pisang.

Caranya:
Campurkan semua bahan dan blender sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masak menggunakan acuan Roti Jala, kalau bancuhan agak pekat tambahkan sedikit air.
Senang dan cepat masak kalau gunakan Kuali Non-stick tak payah nak lenser kuali dengan minyak.
resepi, roti jala

                                   Nak cepat...saya gunakan dua kuali, sebelah tu... kuali ajaib.
resepi, roti jala



Monday 15 April 2013

PERCUTIAN BUDGET 3HARI 2MALAM DI LANGKAWI




1st time bercuti ke Pulau Langkawi, teruja dan seronok sangat walaupun jauh perjalanan.
Menaiki FERI dari Jeti Kuala Perlis. Tambang untuk Dewasa RM 18.00 dan Kanak-kanak (3-12thn) RM 15.00 perjalanan sehala. Jauh perjalanan lebih kurang 1 jam
Menginap di Sri Lagenda Apartment, Kuah Langkawi (Aiman Homestay) dapat rate RM 150.00 untuk satu malam. 5 min perjalanan dari Jeti dan 2 min untuk ke Pekan Kuah -  antara tempat shopping berhampiran Hj. Ismail Group(HIG), Cocoa Valley dan Plaza Langkawi.
Sebelah petang pergi ke Taman Geopark untuk menaiki Cable Car, dari Pekan Kuah ke sana mengambil masa lebih kurang 30min. Kalau tunjuk I/C harga untuk dewasa naik Cable Car RM 15.00 dan Kanak-kanak RM 10.00. Kami naik waktu petang, udaranya memang best berangin, sejuk dan berkabus. Ambil gambar tak cantik waktu ni sebab macam duduk dalam kepulan asap. Sebelum balik sempat singgah kat kedai jual cenderamata, menyesalnya.... beli pelekat magnet, harga RM 12.90 tapi kat pasar malam di Pekan Kuah depan Baron Hotel setiap malam sabtu terjual 3 untuk RM 10.00.
Shopping di HIG, paling best borong coklat, murah gilerrr. Habis RM 200.00 sahaja untuk coklat.


Sesiapa pergi Langkawi mesti beli minyak gamatkan....ada berbagai produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan dari Gamat seperti pencuci muka, minyak rambut, bedak sejuk, losyen, ubat gigi dan lain-lain. Di tunjukkan juga minyak gamat yang di masak didalam kawah, cuba cecahkan jari dalam minyak gamat yang tengah menggelak tu...tak panas, cubalaa.....
Aktivi wajib pada sesiapa yang 1st time ke Langkawi ialah Island Hopping - melawat 3 Pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan Pulau Beras Basah. Caj yang dikenakan RM 25.00 seorang, Kanak-kanak 3-6thn RM 15.00 dan kanak-kanak berumur 7-12thn di kira harga dewasa.Tempoh masa lawatan ialah 4 jam.
Antara 3 pulau yang di lawati paling best pergi Pulau Dayang bunting boleh mandi tasik. Tapi hati-hati dengan monyet di sepanjang laluan ke Tasik Dayang Bunting dan jangan sesekali membawa beg plastik, takut nanti kena ragut pulak dengan monyet yang menyangka ada makanan. 



Ini pula gambar ketika sedang menikmati Laksa Power tapi X Power pun...tempat makan ni kat tepi laut, pemandangan yang cantik dan angin sepoi-sepoi bahasa. 
Percutian budget kami di Langkawi berakhir pada 07hb. 04.2013, dalam perjalanan pulang kami singgah pekena laksa Teluk Kechai di Jalan Kuala Muda, Alor Setar, Kedah. Lain dari yang lain, laksanya ada sambal kelapa dan kuahnya agak cair.


Inilah....hasil shopping( termasuk patung kucing-talking cat) di Langkawi, taklah banyak sebab tujuan utama nak bercuti je. Lain kali kalau pegi kena bawa RM banyak-banyak boleh borong pinggan-mangkuk dan set cadar, memang murah gilerrr.Insyaallah tahun depan boleh pergi lagi, percutian yang menarik.