Wednesday 27 March 2013

Asapanas Barbeque Steamboat Buffet




 
Assalammualaikum.
Makan malam kami sekeluarga hujung minggu lepas. Kira okla...steamboat kat sini, banyak pilihan seperti kerang, kepah, udang, daging, ayam, nasi goreng, dan pelbagai bebola. Hargapun murah dan makanlah sebanyak mana....pun, tapi jangan tamak.... sebab makanan yang tidak dihabiskan akan dikenakan caj - 100gm / Rm 10.00,  mahal tu....survey tempat lain cajnya 100gm / Rm 5.00 je. Dah habis makan,diorang hidangkan aiskrim  (yang ini bukan buffet).

Pembetulan : Lokasi Belakang PETRON


Wednesday 20 March 2013

Lepak kat Air Terjun Serendah

AIR TERJUN SERENDAH 
 
Hujung minggu tadi, selepas hantar anak yang sulung pergi tuisyen, malaslah pulak nak drive balik rumah. Singgah jap lepak kat Air Terjun Serendah sementara tunggu anak habis tuisyen. Iqbal apalagi, suka....nye dia main air.
seksinya....Iqbal


Ramai jugak orang yang datang, siap pasang khemah lagi...... ada yang buat bakar-bakar (BBQ). Tempat rekreasi ni bersih dan selesa serta disediakan kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, playground, parking, tapak perkhemahan dan gerai menjual minuman dan makanan.

Sebelum sampai ke sini, kita akan melalui kawasan perkampungan orang asli dan jalannya agak sempit. Jarak dari Pekan Rawang ke Air Terjun Serendah lebih kurang 12km dan dari jalan besar masuk ke dalam mengambil masa lebih kurang 10min. Tempat begini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu, tak perlu keluar belanja lepas tu dapat pulak hirup udara segar dan hilangkan stress setelah lima hari bekerja. Pesanan - Jagalah Kebersihan Bersama, Jangan Buang Sampah Merata-rata Dan Peliharalah Alam Sekitar Kita.


bestnya!!!mandi bawah jambatan


Tuesday 19 March 2013

Ubahsuai Blog

Hmmmm.....poningnya kepalo din ni ha. Dah berhari-hari saya cuba ubahsuai terutama background blog. Teruja sangat tengok blog orang lain cantik-cantik. Tapi bab IT ni saya memang tak pandai, buat blog pun belajar sendiri melalui tutorial blogger-blogger yang tak kedekut ilmu, terima kasih banyak2 tapi tak ingat pula dari blog siapa yang saya belajar, banyak sangat yang saya buka. Banyak perkara lagi yang perlu saya belajar. Saya dah cuba banyak kali untuk tukar background tapi dari website shabbylaneshops dan thecutestblogontheblock ni je yang saya rasa mudah sebab copy code and paste.

Caranya;
  1. Buka website yang memberikan background percuma, copy code
  2. Buka blog sendiri clik design - layout - add a gadget(basics) dan clik HTML/Javascript 
  3. Paste code yang dicopy tadi dalam kotak (kotak title biarkan kosong)
  4.  Save 
Last-lastnya saya ubahsuai blog ni pada Design Template yang telah tersedia,mudah dan tak yah pening-pening nak cari dari website lain. Caranya click
  • Design
  • layout
  • Template Design                                               dan bolehlah ubahsuai blog 
  • Template
  • Background
  • Adjust Widths
  • Advanced (font,saiz & warna)