Thursday 28 February 2013

KUALI AJAIB

pemanggang ajaib, kuali ajaib, murah



Semalam kawan adalah....tunjukkan alat memasak iaitu kuali membakar tak melekat katanya...kuali ajaib. Saya pun terus google nak tahu apa kelebihannya.
   
Kuali ni.. dah lama di pasaran, seingat saya masa Family Day office tahun lepas, salah satu barang cabutan bertuah kuali nilah... diorang beli kat Menang Glassware.
   
Masa tu saya taklah berkenaan sangat, tapi bila google di laman blog, ramai yang cakap bagus boleh masak/memanggang dalam masa yang singkat. Yang bestnya kuali ni pun boleh digunakan untuk membakar kek.
   
Kebetulan saya memang ada planning nak beli oven, sekarang tengah rajin mencuba resepi dari blog. Masa tengah belek-belek katalog Avon nampak kuali ni...tapi mahal la..harganya lebih kurang Rm 130.00.
   
Hari minggu yang lepas saya ada pergi ke Pasaraya SAKAN di Bukit Beruntung ada jual kuali ni tapi tak tengok pun harganya.
   
Petang semalam balik je dari kerja saya terus ke Pasaraya SAKAN di Rawang, bila tengok harga memang terkejut sebab murah gilerrr...nak tahu Rm 69.90 untuk saiz besar dan saiz sederhana kecil RM 55.90.
   
Kawan beli dekat Langkawi, Kompleks Idaman Suri pun lebih kurang je harganya yang saiz kecil Rm 50.00.
   
Tak pikir panjang terus beli, ambik yang saiz besar (jumbo saiz) tak payah ke Langkawi nakkan harga murah kat SAKAN pun ada.

No comments:

Post a Comment