Wednesday 29 May 2013

SUNGAI BILL

Cuti hari Wesak, saya tiga beranak balik kampung. Seronok berkumpul dengan adik-beradik, riuh-rendah dibuatnya....dengan gelagat anak dan anak-anak buah.
Hisap jari.....dah nangantuk la...tu.
Jalan lenggang la...
Esoknya hari sabtu, bawa mereka mandi sungai kat Sg. Bill di Ulu Slim, Slim River Perak. Dah lama sangat tak ke sana semenjak habis sekolah. Kami lepak kat depan je...tak la sampai kat dalam rekreasi Sg. Bill takut ramai orang dan susah nak cari parking pula...nanti. Sungainya bersih dan cetek, sesuai untuk anak-anak mandi.



sungai bill slim river
sungai bill slim river


Dah puas mandi, saya ke kedai kain Jakel kat Tg. Malim. Ingat nak tempah baju kurung fesyen sekarang tu...baju kurung peplum, dah beli kain 4 1/2 meter sebab dah tanya tukang jahit, tapi lastnya tukar fikiran tak jadilah...rasanya saya tak sesuai pakai fesyen macam tu body tak cantik. Buat baju kurunglah jawabnya, membazir je...1/2 meter kain lagi.

 
gambar dari wanz collection klik untuk lihat lebih banyak koleksi

Setiap hari sabtu di Tg. Malim ada pasar malam, meriah, ramai orang nak jalan pun susah, kebanyakan mereka ialah pelajar-pelajar dari UPSI dan Kolej Politeknik. Singgah sekejap beli air dan Aiskrim Goreng. First time makan aiskrim goreng ni....sedap betul, rotinya ranggup dan aiskrimnya masih lagi beku. Nanti bolehlah google kat internet cari resepi ni.

Tuesday 21 May 2013

Masakan Hari Minggu....

Assalammualaikum.

Hujung minggu, hari tu... kami sekelaurga terperap je.... satu hari kat rumah, boring betul. Kebetulan pula, anak tuisyen dari pukul 12.00pg hinngga 4.30 petang sebab tuisyen ganti pilihanraya hari tu.Kalau ikutkan hati memang malas nak masak tapi itukan dah memang kerja orang pompuan juga seorang isteri dan ibu, tapi aku masak simple je...

Sarapan Pagi.

Saya buatkan Roti Sosej Goreng dan Bihun Goreng Sosej, guna aje bahan-bahan yang ada.

Resepi Roti Goreng Sosej

Beberapa Keping Roti Gardenia
Sosej
Telur

Caranya,
Sekeping roti dipotong dua.
Sebatang sosej dibelah dua kemudian potong tengah(akan dapat 4 keping sosej)
Telur dipukul.
roti, simple, senang, mudah
ini pula Bihun Goreng Sosej. Goreng bihun macam biasa, cuma tambahkan sosej.
Ambil sekeping roti , letakkan sosej dan gulung, kemudian celup dalam telur dan goreng . Masa nak menggoreng tu....tekan sikit hujung gulungan roti tersebut ke permukaan kuali supaya ianya melekat ketika digoreng, tidaklah nanti roti tu..menyerap minyak
                                                     
Makan Tengahari.

Saya buat Laksam dan juga untuk makan malam, malas nak masak banyak kali. Hari ni, satu hari tak makan nasi.

Resepi Laksam
Kuih laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
2 cawan air panas
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit minyak

caranya:
Panaskan pengukus
Campurkan semua tepung dan garam. Bancuh dengan air panas, kacau hingga sebati kemudian campurkan air biasa. Supaya tidak bergentel, saya akan tapiskan bancuhan.Acuan gunakan tudung periuk, sebelum mengukus sapukan sedikit minyak pada acuan dan kukus lebih kurang 3 min atau sehingga laksa mengelembung. Jika kuih laksam keras tambahkan sedikit air atau lembik tambahkan tepung.

resepi laksam

Kemudian angkat dan biarkan sejuk seketika, barulah digulungkan sedikit dibahagian tepi laksam dan sengitkan tudung periuk, laksam akan sendiri melorot kebawah.

resepi laksam
Kuah:
5 ekor ikan kembong(biasanye ikan selayang/sardin)
sedikit halia
sedikit lada hitam
1 biji bawang besar
1 cawan santan pekat
asam keping
garam

Caranya:
Rebus ikan dan asingkan isi, kemudian blender. Bawang dan halia juga diblender. Lada hitam ditumbuk kasar. Campurkan semua bahan tadi dan tambahkan air rebusan ikan bersama asam keping, rebus kuah sehingga mendidih. Biarkan kuah mendidih seketika kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, menggunakan api kecil kacau hingga kuah mendidih(Kalau kuah dah mendidih ,tutup api jangan dibiarkan lama sangat di atas api takut nanti santan pecah minyak pula. Laksam dihidangkan dengan kuah yang agak pekat bersama ulam seperti daun kesum, tauge, kacang panjang, kobis , timun dihiris halus-halus dan sambal (cili kering direbus kemudian ditumbuk atau blender, campurkan sedikit garam, limau nipis atau cuka).

Minum Petang
resepi kuih lapis tepung beras
Saya buatkan Kuih Lapis.

Resepi Kuih Lapis
240gm tepung beras
120gm tepug gandum
240gm gula
200ml santan pekat
1000 ml air
1 sudu kecil garam
1 sudu minyak masak
1 @ 2 pewarna - ikut suka
(Saya buat separuh adunan sahaja- gunakan loyang empat segi 8" x 8")

Caranya:
Panaskan pengukus.
Campurkan  tepung, gula, garam, minyak, santan, air kacau hingga larut dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian - 1 bahagian putih dan dua bahagian lagi warna kuning dan merah(ikut suka nak warna apa). Kukus selapis-selapis (1 lapis lebih kurang 2 senduk adunan). Kukus selama 3 min atau sehingga periuk kukus mengeluarkan asap) kemudian ulang sehingga adunan habis dan lapisan terakhir biarkan masak lama sikit.Seperti biasa kalau mengukus, saya akan balutkan tudung periuk kukus dengan tuala supaya tiada wap air yang menitik.
.



Thursday 2 May 2013

Apam lagi....Apam Gula Hangus

Suka....sangat masak Apam, sebab setiap kali buat mesti jadi. Apam Gula Hangus paling senang dan bahan-bahanpun mudah disediakan.



Resepinya :~
resepi, apam gula hangus
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu mentega/majerin
  • 1 sudu kecil sodabikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
Cara2nya :~
  1. Masak gula hingga perang atau sehingga berwarna coklat gelap, caranya - lebih senang masak dalam kuali tak melekat dan biarkan saje gula sehingga cair, kemudian barulah kacau, jika dah berbuih tutup api dan masukkan air panas . Selepas tu masukkan mentega dan susu pekat.Biarkan sejuk seketika.
  2. Panaskan periuk kukus.
  3. Ayak tepung bersama sodabikarbonat, saya ayak tepung 2x.
  4. Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan gula hangus dan tepung sedikit-sedikit, kacau hingga sebati.
  5. Cara saya, sebelum dituang dalam acuan, saya akan tapis dahulu bancuhan tersebut supaya tiada tepung yang bergentel dan bila dimasak struktur Apam akan lebih halus dan lembut.
  6. Balut tudung periuk kukus dengan kain lembap dan masak lebih kurang 15min atau sehingga periuk kukus mengeluarkan asap.