Sunday 23 June 2013

INI KALILAH....RESEPI DONUTKU MENJADI.

Semalam happy dan puashati sangat sebab resepi kuih Donutku memang betul-betul menjadi. Sebelum ni saya rasa susah sangat nak buat kuih ni...ada beberapa kali mencuba  tapi tak menjadi seperti yang diharapkan.Resepi kuih Donut ni...biasalah saya ambil di laman blog, banyak blog yang saya tinjau kebanyakan bahan resepinya lebih kurang sama je. Untuk resepi Kuih Donut saya ni, saya tambah beberapa bahan:

RESEPI DONUT 
resepi kuih donut

2 1/2 cawan   - tepung gandum
1/2 peket       - mauripan
2sudu besar   - majerin (cairkan)
2sudu besar   - susu pekat
3sudu besar   - gula
1sudu kecil    - garam
1sudu kecil    - ovellet
1/2sudu kecil - baking powder
1biji              -  telur

Cara2nya;

1. Masukkan mauripan kedalam 1/2 cawan air suam, kacau sedikit dan tutup permukaan cawan. Biarkan 5 minit sehingga bancuhan mauripan tadi naik(berbuih).

2. Telur, gula, susu pekat, garam, ovellet dan majerin cair pukul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang di ayak terlebih dahulu dengan baking powder digaul sebati dengan bancuhan mauripan. 

3. Uli sebentar, kalau doh lembik bila diuli ianya melekat ditangan, tak mengapa sebah doh akan mengembang bila dibiarka selama sejam(doh akan naik 2 @ 3 kali ganda). Tutup bekas doh dengan kain tuala atau ape-apelah semasa direhatkan.

4. Selepas sejam doh yang telah mengembang, tumbuk-tumbukan doh tersebut untuk mengeluarkan angin. Kemudian taburkan sedikit tepung pada adunan jika aduan lembik dan melekat, cubitkan sedikit doh dan buat bebola kecil-kecil(lumurkan tapak tangan dengan sedikit tepung supaya senang untuk membuat bebola).

5. Susun bebola dalam dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung, kemudian tekan-tekan sedikit bebola dengan  jari supaya leper. 

resepi kuih donut
6. Biarkan doh selama 30min supaya ianya mengembang 2 kali ganda. Semasa hendak menggoreng barulah saya buatkan lubang di tengah doh(boleh gunakan straw besar untuk membuat lubang atau ape-ape jelah asalkan boleh).

resepi kuih donut
7. Goreng dalam minyak banyak dan api yang sederhana dan balik-balikkan semasa menggoreng.
resepi kuih donut
resepi kuih donut

8. Akhir sekali salutkan Donut dengan gula icing/halus dan Donutku ini memang lembut hingga ke petang.





Wednesday 12 June 2013

AIS KRIM ROTI GORENG........ranggup diluar sejuk didalam

ais krim roti goreng
Assalammualaikum

Kali ni saya nak pos entry resepi mudah sesesangat tapi sedap.

Bahan diperlukan hanyalah roti (Gardenia) dan ais krim. Ambil dua keping roti, basahkan sedikit air pada permukaan roti, kemudian cedukkan aiskrim(mesti betul-betul beku) jangan terlalu banyak ais krim nanti roti akan terkoyak jika terlalu penuh/kembong bila ditekap dengan acuan.
Lapis dengan sekeping lagi roti di atasnya.Sebagai acuan, saya guna cawan je...tekapkan cawan ke atas roti.
ais krim roti goreng 

Basahkan sedikit air dibahagian tepi roti dan tekan/penyekkan roti supaya melekat.
ais krim roti goreng
Dah selesai, simpan ais krim roti dalam freezer (beku) selama beberapa jam atau satu hari.
Goreng dalam minyak banyak dan panas (betul-betul panas-sehingga kuali berasap), hanya goreng sekejap sahaja (beberapa saat).
ais krim roti goreng
Lepas goreng boleh terus dinikmati jangan tunggu lama-lama nanti aiskrim cair.