Sunday 14 July 2013

SAYURAN @ ULAM SEGAR DARI KAMPUNG

Assalammualaikum.

Cuti hujung minggu, ambil kesempatan berbuka puasa bersama keluarga dan adik-beradik di kampung (Felda Sg. Behrang). Sedapnya kalau dapat makan ikan pari bakar cicah air asam, yang dibakar menggunakan bara api dari sabut kelapa kering, tapi hari tu...bukanlah menunya, saje tak nak cakap nanti menyusahkan mak pulak. Kesian mak bulan puasa ni...mak jaga adik dan adik ipar yang baru je... bersalin dan berpantang di rumah mak. Meriah la....raya tahun ni bertambah anak buah dan raya tahun depan mesti riuh-rendah suara budak-budak.


Bulan puasa kali ni berazam nak masak sendiri untuk juadah berbuka dan bersahur, tu yang rajin kutip sayur dan ulam-ulam ni. Kalau diikutkan memang penat bulan puasa ni berbanding bulan-bulan lain, sebab kena kerah tenaga yang tak seberapa ni untuk memasak dalam masa yang singkat. Balik offis pukul 4.30 tepat terus balik rumah, jemput anak kat rumah pengasuh dan singgah kedai runcit beli apa yang patut, sampai rumah pukul 6.00 petang(kalau jalan tak jem tapi setakat ni belum lagi tapi kalau jem kena beli jugalah makanan) terus buka freezer keluarkan  bahan yang hendak dimasak. Kemudian sembahyang asar sebab nak sembahyang kat offis tak sempat. Start masak pukul 6.15. Kuih-muih suami beli tapi ada juga buat yang ringkas je...macam cucuk udang, agar-agar, puding karamel(yang ni boleh disediakan waktu malam). Agak-agak boleh bertahan ke...azam saya ni...emmmm. Semoga di bulan Ramadhan ini saya dapat melipatgandakan lagi pahala dan segala amalan mendapat keberkatan dari MU YA ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment